Friday, May 23, 2008

Kisah Si Gembala Kambing

Cerita Ladang Napier

Bukan nak mengadu domba tapi untuk dijadikan pengajaran dan iktibar. Juga cabaran untuk bangkit lebih gagah. Biar bertatih tapi langkah penuh bijak dan cermat.

Sebenarnya ini sambungan kisah Si Gembala Kambing yang sedang syok tanam rumput napier. Cadangnya lepas ni sibuk nak bercerita tentang rumput yang sedia untuk dituai, tentang mesin chopper yang hendak dibeli dan tentang kambing yang bertukar ration.
Tapi kita merancang dan Allah menentukan...

Tak boleh nak salahkan sesiapa. Tapak yang digunakan adalah semak samun di tepi parit besar yang dah lebih sepuluh tahun tidak dibersihkan. Iye lah...di tempat Si Gembala di Selangor ni susah untuk dapat tanah. Kalau tidak dijadikan kilang dan perumahan, ditanam kelapa sawit.

Tapi takpelah, cari mana yang ada. Si Gembala ambil kesempatan.
Mengupah kapal korek untuk membersih kawasan semak samun sepanjang 1.5km dan selebar antara 2 – 5 meter.
Kemudian membeli benih napier sebanyak satu tan. Kemudian menanam di bantu oleh 4 orang Bangla yang diupah.
Kemudian terdengkot-dengkot mengusung guni berisi tinja untuk membaja.

Penat lelah tak pernah terasa bila nampak napier yang ditanam sebahagiannya hampir boleh dituai. Walaupun sebahagiannya agak lambat membesar dek kerana cuaca panas.
Yang mati disulam oleh teman kongsi Si Gembala setiap hujung minggu...

Tapi segala-galanya musnah. Ntah dari mana, parit yang tak sesemak mana (dah kami bersihkan) tu dibersihkan oleh kontraktor JPS. Yang pelik iye bermula dari hujung tapak ”ladang” napier kami, dan bukan dari hilir parit besar tersebut yang sepatutnya sampai ke anak sungai. Napier kami dihinjak-hinjak oleh mesin tanpa belas kasihan.
Kotoran serta serdak kotoran dituang dan disusun di atas barisan rumput napier kami...
Tebal tanah kotoran tu tak memungkinkan iye akan tumbuh semula.




Hati mana tak sayu mengenangkan lebih RM2000 duit poket kami hangus, penat lelah, peluh kami jadi sia-sia... RM2k lebih tu sikit? Tidak bagi kami yang sedang bertatih ni...

Mengalah? Oh tidak...

Walaupun tidak sampai setahun menjadi Gembala kambing, kami sudah faham tentang sabar” yang di ajar oleh kambing dan industri ini.
Akan kami bangunkan semula ”ladang” napier kami.
Mungkin lebih besar lagi...dan dimana-mana ceruk yang boleh.

Kami sedar kami perlu lebih sabar daripada ”Syawal Ahmad Albab”.
Dan kami sedar yang kami tidak akan dapat harta karun tiap-tiap bulan.
Tapi kami tak pernah sangsi rezeki dari industri ini....

Bersambung...

3 comments:

Mamat Chokia said...

Bersabarlah. Kerana kesabaran itu menguji ketahanan dan keimanan kita. Seandainya rezeki pada kali ini tak menjadi, bukan bermakna ia telah tertutup terus.

Siapa tahu, di masa akan datang dilimpahkan dengan penuh kemewahan...sampai tak nampak kandang pulak nanti...Napier memenuhi ladang.

Wassalam
Prof
http://romatechagroternak.blogspot.com

MERAHIJAU said...

saya org baru dalam dunia penternakan .. cuma nak komen sket... harap bersabar manghadapi cabaran ni.. semoga akan terus berjalan dan berlari ... itu lumrah manusia .. tak boleh tengok org senang .. derang suka tengok lalang daripada tengok tanaman2 yg bermanfaat... sedangkan hak kite pun org boleh ceroboh inikan pula bukan kawasan kita... tetapkan semangat dan berhati2 mengorak langkah hingga ke puncak.. :)

Rie said...

ternak kambing ni mmg camtu.. penuh dengan cabaran dan dugaan.

Namun menurut satu hadis: Allah memberkati 3 makhluknya iaitu KAMBING, kurma dan api.

satu lagi saya pernah dengar ada oran tua2 cakap:
orang yang boleh mengawal dan menguruskan kambing, orang tersebut boleh mengawal dan menguruskan manusia.

http://kambing-boer.blogspot.com