Friday, April 25, 2008

KISAH SI GEMBALA KAMBING

Episod 2

Bercerita berkenaan makanan tambahan (supplemental) ini ia sememangnya amat penting. Ia bertujuan menampung kekurangan zat dan mineral terutamanya protein yang penting dalam tumbesaran dan sumber tenaga haiwan ternakan. Apatah lagi dengan daun sawit yang digunakan walaupun sesekali diselangseli dengan daun ubi...

Cuma Si Gembala dalam dilema disebabkan harga yang semakin hari menjadi semakin mencabar (makin mahal la tu) untuk Si Gembala sebagai penternak baru dan penternak-penternak baru lain yang poket tidak berapa dalam macam kami.
Ini bermakna kos semakin meningkat dan keuntungan daripada setiap ekor hasil semakin berkurangan.

Adakah perlu mengurangkan kualiti semata-mata untuk menurunkan kos?
Oh tidak!!... Usaha perlu diteruskan...alternatif lain perlu terus dicari...siapa yang kreatif buatlah R&D sendiri...Atau gunakan petua atau resepi dari orang lama atau orang baru yang dah berilmu dan berpengalaman...
Yang penting ratio pemakanan perlu dipenuhi.


Langkah satuTanam Rumput Napier

Rumput Napier dapat memberikan kadar sumber protein yang lebih tinggi...

Tunggu apalagi...tanam ler...
Tanah? Kat Selangor ni guna jer tanah kat mana ada... Harapan kami JPS tak akan buat pembersihan parit dalam masa 10 tahun ni...heheh...

Jom lawat-lawat di sekitar tapak penanaman rumput Napier FAN AGRI...
Kami mula dulu kawasan mana yang ada. Buat masa ni anggaran jarak adalah 1463 meter. Lebih kurang 1.5km la... Kelebaran antara jalan dan parit adalah 2 – 5 meter...










Tumbesaran terkini rumput...





Rumput lain pun ikut tumbuh jugak...tapi mana yang kambing boleh makan biarkan dulu... pokok ubi pun ada yang tumbuh...takpe kami alu-alukan...dah gunakan pun utk bagi makan kambing...kan elok tuh boleh cegah cacing...

Gambar di atas ni napier ditanam secara baring... so semua tunas tu cepat membesar sebab akar dah berada di tanah... Baja? Tinja kambing ler untuk peringkat awal... Bila dah potong nanti...insyaAllah kena buat kerja-kerja tanah semula (tutup akar2 yang terkeluar) dan selepas tu gunakan baja urea pulak...

Hmm... ada jugak benih yang kering sebab lambat tanam dan kena cuaca terik. Kami tanam semula...jangan bazirkan ruang tanah yang ada dan jangan bazirkan masa. Matlamat kami dalam 3 bulan akan datang nih kambing boleh makan rumput napier setiap hari.

Mesin chopper? Kena la beli untuk optimumkan penggunaan rumput napier...

Cabaran? Ada la sikit-sikit. Antaranya...benih kena cabut, rumput yang dah tumbuh kena racun (mana-mana yang ada kat depan laluan ke ladang penduduk) walaupun sebelum tu semak mcm hutan pun orang tak kisah. Tapi kami teruskan jugak...sekurang-kurangnya dapat merubah lanskap di kawasan tu...

Bersambung...Apa lagi? Nantikan (ada gambar belum ambik lagi heheh)



Benih rumput yang sudah ditanam....



Ada 2 cara OTAI2 ajar kepada kami...nanti kita tengok cara mana yang lebih berkesan dan lebih hasil...

Rumput napier di sekitar ladang...

No comments: