Wednesday, November 11, 2009

TAWARAN JUALAN BOER F3/F4



Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Kami dengan sukacitanya menawarkan induk/dara boer F3/F4 (b/head la nie) untuk jualan penghabisan stok November...
Kami mempunyai baki 50 'bidadari' untuk anda pastinya ia menetap di 'teratak' anda... Belilah mengikut 'kemampuan' anda, kami sedia membantu!
Spesifikasi:

Dara/Induk Boer 23~35kg
Kuantiti 50 ekor
Kami tawarkan hanya dengan RM750/ekor sahaja..

Belian pukal amat kami alu-alukan & harga tu tentulah lebih baik lagi...boleh runding...

Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini..
Heeee jangan segan 'halo' kami sementara stok masih ada...

(Rie 0192672529, Bad 0133992350 & Zul 0193232529)...


Sekian...

Thursday, September 10, 2009

SALAM RAMADHAN...




Salam Ramadhan buat semua warga ternak.

Semoga kerja ternak akan terus aktif dan bertambah subur di bulan yang mulia ini.

Menuju 10 hari terakhir Ramadhan ini...
marilah kita mempertingkatkan amalan kita...mutu puasa kita...
marilah kita sama-sama sibukkan malamnya dengan bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...bertadarus Al-Qur'an...berdoa dan bermunajat...

moga diampunkan dosa....
bebas dari api neraka...
dijanjikan balasan Syurga....
dimurahkan rezeki...

Rebutlah peluan bertemu dengan "Malam lebih baik daripada Seribu Bulan" Lailatul Qadr.

Moga amalan kita di Ramadhan ini adalah yg paling bererti, yg lebih baik daripada amalan di Ramadhan lalu...

Dan moga kita dipertemukan lagi di Ramadhan yg akan datang...

Tapi bagaimana andai Ramadhan ini yg terakhir untuk kita? Gunakanlah peluang 10 hari yg terakhir ini untuk mendapat keredhaan Ilahi, keberkatan dan rahmatNya...

Dan...apabila kita keluar dari "kursus" Ramadhan ini...kita menjadi seorang penternak, usahawan yang lebih gigih...lebih kuat...segigih dan sekuat kita menahan nafsu makan, minum dan selainnya daripada dugaan dunia...

Salam Ramadhan dan Salam AidilFitri...

Maaf Zahir Batin...


daripada:

warga kerja FANAgri Farm dan Kambing Malaya Network


.....

Monday, July 27, 2009

KEJAYAAN....KEGAGALAN...

Sekadar Renungan Dan Peringatan Bersama

Memetik coretan seorang sahabat di blognya...

KEJAYAAN bergantung kepada sejauh mana kita mampu dan sanggup bertahan menghadapi kegagalan sebelum kita berhenti mencuba.

KEGAGALAN tidak bermakna kita tak mampu BERJAYA. Ianya hanyalah satu proses dalam kita mencapai KEJAYAAN. Lagi cepat kita GAGAL lagi dekat KEJAYAAN dengan kita dengan syarat JANGAN MENGALAH. JANGAN BERHENTI.JANGAN PUTUS ASA...BANGKIT SEGERA....

tq kak engku...


....

Monday, June 1, 2009

SSK Se-Malaya II

Sekitar SSK SE-MALAYA II
Di Ladang AL-FALAH



Persiapan terakhir sebelum program bermula





Kehadiran Pegawai JPV Daerah Kuala Langat - Pn Siti Rohmah Taufik



Kehadiran YB ADUN Sijangkang - YB Dr Ahmad Yunos Hairi




Sesi suai kenal dan beramah mesra sebelum majlis bermula




Ucapan MC yang juga Tuan rumah program SSK Se-Malaya II



Pengenalan Kambing Malaya Network oleh "founder"



Ucapan Perasmian oleh YB DUN Sijangkang DR Yunos



Lawatan ke kandang...




Temubual oleh wartawan Sinar Harian...


Forum / Bual Bicara "Realiti Industri Ternakan Kambing"...
Panel: JPV, Pengimport, Penternak kecil



Lawatan ke ruang pameran/jualan...



Penerangan kemudahan oleh AgroBank...




Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung...

Untuk yang tidak berkesempatan pada kali ini...nantikan program seterusnya...

Manfaatkan peluang ini sebaiknya....



Thursday, May 28, 2009

Sepetang Santap Kambing Se-Malaya II


Salam saudara-saudari,

Kami, daripada Kambing Malaya Network sekali lagi menganjurkan "Sepetang Santak Santap Kambing Se-Malaya". Sekali lagi juga, kami menjemput saudara-saudara semua yang meminati atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam dunia perkambingan menghadiri majlis ini.

Objektifnya hanya untuk (1) mempertemukan semua peminat kambing, (2) berkongsi maklumat tentang dunia perkambingan, (3) memeriahkan dunia perkambingan & (4) merasai keenakkan daging kambing boer (PERCUMA!!).


30 May 2009 bersamaan hari Sabtu, bertempat di kandang kroni Kambing Malaya iaitu Al-Falah.


ATUCARA MAJLIS YANG DIRANCANG SEHINGGA KINI:

1.30-2.00ptg: Kehadiran & Memanggang BBQ Boer
2.00-2.15ptg: Doa & Intro Kambing Malaya Network
2.20-2.30ptg: Ucapan Perasmian oleh YB Dr Yunos, ADUN Sijangkang
2.30-3.30ptg: Dialog "Tuisyen Realiti Dunia Perkambingan"
3.30-4.00ptg: Makan & Acara Bebas
4.00-4.30ptg: Penerangan Peminjaman Di Agro Bank
4.30-5.30ptg: Klinik Kambing (hands-on)
5.30-7.00ptg: Lelongan Kambing Boer & Saanen
7.00ptg: Bersurai

*Makan & minum disediakan sepanjang program.

Saudara saudari dialu-alukan, makan & minum sepuas-puasnya.




Peta untuk ke lokasi: Untuk paparan peta yang lebih jelas sila KLIK
Sila lah ye...ini jemputan rasmi bagi sesiapa sahaj yang membaca artikel ini...
..

Monday, May 11, 2009

Pakej Boer Tempatan




Dah Lama Mencari?
Baru Kini Ketemui?

Ia memang murah untuk anda miliki,
kami pasti ia murah dari yang anda jangkakan.
Kami pun tak sangka...

Memandangkan stok kami yang banyak ini,
maka kami tawarkan kepada anda pakej menarik untuk anda miliki..

(Pakej A).

5 dara boer 20kg-25kg: hanya RM700 sahaja..

(Pakej B).

10 dara boer 20kg-25kg: hanya RM670 sahaja..

(Pakej C).

20 dara boer 20kg-25kg: hanya RM620 sahaja..

(Pakej Mega).

30~50 dara boer 20kg-25kg: hanya RM? sahaja..

Sila hubungi @ sms kami grup Kambing Malaya untuk harga diskaun yang menarik!



Bad Fan Agri


Thursday, April 30, 2009

Jemputan Makan-Makan Boer!!

Salam Saudagar Kambing & Peminat Industri Kambing

Seruan untuk seluruh Warga Saudagar Kambing dan juga setiap pengunjung blog, bakal penternak, penternak2 & pelanggan FanAgri dan juga pengunjung dan pelanggan Kambing Malaya!!

Peluang bagi anda semua bersua muka dan beramah mesra otai-otai Kambing Malaya dan juga usahawan kambing tegar yang lain sambil menikmati hidangan Boer yang sungguh menyelerakan. Kami juga menyediakan "ruang" sembang bersama Otai dan juga Dr Vet utk sebarang pertanyaan atau perbincangan berkenaan industri kambing.

Datanglah beramai-ramai ke Majlis Pelancaran Jaringan Kambing Malaya dan juga Majlis Pelancaran Makanan berasaskan kambing Boer Restoran DGarden Café.

Bila?

1hb Mei 2009

Jumaat

3 petang - 10 malam.

Dimana?

No. 19, Jalan TBK 1/6, Taman Bukit Kinrara, 47100 Puchong Selangor.

Untuk makluman, pameran & jualan kambing & hasil berasaskan kambing pun ada...!!!


Generasi Muda Pejuang Jitu, Merealisasikan"Jaringan Kambing Malaya"
Jemputan daripada:
BAD FAN AGRI Kambing Malaya
0133992350