Wednesday, October 3, 2007

Zakat Fitrah

PENGERTIAN ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

SYARAT WAJIB ZAKAT

Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:

1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.

4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan.

KADAR FITRAH

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Kadar Zakat Fitrah untuk negeri Selangor pada tahun ini adalah RM 5.20 mengikut kadar semasa purata harga beras yang dimakan penduduk Selangor.

Bagi Kuala Lumpur = RM 4.70

WAKTU MENGELUARKAN FITRAH

Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. WAKTU WAJIB - Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. WAKTU YANG PALING AFDHAL - Sebelum sembahyang Hari Raya
3. WAKTU SUNAT - Sepanjang bulan Ramadhan
4. WAKTU MAKRUH - Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5. WAKTU HARAM - Selepas terbenam matahari satu Syawal

Selamat Menunaikan Kewajipan Berzakat Dan Salam AidilFitri

No comments: