Aqiqah
Sunat Dimasak Terlebih Dahulu
Daging Aqiqah adalah sunat dimasak terlebih dahulu sebelum diagih-agihkan dengan masakan yang manis-manis.
Dalam sebuah hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah R.A.;“Menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.” Wallahuaklam
Hikmah Sunat Dimasak Manis
Sebagai satu Tafa’ul / Doa pengharapan yang baik mudah-mudahan akhlak dan kelakuan anak tersebut akan menjadi baik dan manis dipandang.
Jamuan Aqiqah
Mengikut pendapat Imam Syafie bahawa menyembelih aqiqah dan membuat jamuan adalah dibolehkan. Ini termasuk jamuan / kenduri kahwin, majlis harijadi, ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.
Ini bersesuaian dengan tujuan Aqiqah dalam Islam antaranya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga, jiran handai, rakan taulan, fakir miskin dan juga yang kaya melalui penganjuran majlis-majlis tersebut.
Wallahua'lam...
Friday, September 14, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment