Thursday, May 28, 2009

Sepetang Santap Kambing Se-Malaya II


Salam saudara-saudari,

Kami, daripada Kambing Malaya Network sekali lagi menganjurkan "Sepetang Santak Santap Kambing Se-Malaya". Sekali lagi juga, kami menjemput saudara-saudara semua yang meminati atau terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam dunia perkambingan menghadiri majlis ini.

Objektifnya hanya untuk (1) mempertemukan semua peminat kambing, (2) berkongsi maklumat tentang dunia perkambingan, (3) memeriahkan dunia perkambingan & (4) merasai keenakkan daging kambing boer (PERCUMA!!).


30 May 2009 bersamaan hari Sabtu, bertempat di kandang kroni Kambing Malaya iaitu Al-Falah.


ATUCARA MAJLIS YANG DIRANCANG SEHINGGA KINI:

1.30-2.00ptg: Kehadiran & Memanggang BBQ Boer
2.00-2.15ptg: Doa & Intro Kambing Malaya Network
2.20-2.30ptg: Ucapan Perasmian oleh YB Dr Yunos, ADUN Sijangkang
2.30-3.30ptg: Dialog "Tuisyen Realiti Dunia Perkambingan"
3.30-4.00ptg: Makan & Acara Bebas
4.00-4.30ptg: Penerangan Peminjaman Di Agro Bank
4.30-5.30ptg: Klinik Kambing (hands-on)
5.30-7.00ptg: Lelongan Kambing Boer & Saanen
7.00ptg: Bersurai

*Makan & minum disediakan sepanjang program.

Saudara saudari dialu-alukan, makan & minum sepuas-puasnya.




Peta untuk ke lokasi: Untuk paparan peta yang lebih jelas sila KLIK
Sila lah ye...ini jemputan rasmi bagi sesiapa sahaj yang membaca artikel ini...
..

1 comment:

Ahmad Rustam Bin Amir said...

cari duit lebih...!
Dapatkan buku ''Rahsia&Peluang Menjadi Penternak Jutawan'' di http://penternakjutawan.blogspot.com/