Friday, December 19, 2008

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Atau lebih tepat lagi Penternakan Adalah Perniagaan.

Bila sebut tentang perniagaan, ciri-ciri bisnes ternakan kambing juga sama dengan perniagaan lain. Tuntutan komitmen, kesabaran, kekuatan mental, pasaran, modal RM, tenaga, air liur, air peluh, air mata, air paip, air minum.

Sekiranya telah yakin dengan pilihan untuk biz kambing maka kuatkan azam, bulatkan tekad. Anggaplah cakap2 negatif yg boleh menjatuhkan diri dan keazaman kita sebagai iklan sebuah cerita yang menarik.

Kita dekatkan diri kita dengan org-org yang telah berjaya dlm biz kambing ni.
Jangan sombong dan mendabik dada. Kita cari dan dalami ilmu biz kambing secara formal atau tidak formal.

Buat dan terus buat. Jangan menoleh ke belakang. Jangan ada penyesalan.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Memang tak semua beruntung ada kemudahan modal yang cukup.
Bermulalah dengan apa yang kita mampu.
Bersabar dengan setiap cabaran dan rintangan.



Jatuh? Kambing mati? Ditipu kawan atau pelanggan?
Bangun semula dan teruskan perjuangan.
Kita dah berjaya atasi ini semasa belajar berjalan dulu.
Ulangi. Jangan mudah mengalah sebelum kita genggam KEJAYAAN.
Sekiranya kita cepat mengalah selama-lamanya kita takkan rasa KEJAYAAN.
Kita tak tahu nilai sebuah KEJAYAAN.
Belajar jerit perih, susah payah perjalanan orang/kawan yang telah BERJAYA.

Jika dah berjaya, sekali lagi usahlah sombong dan mendabik dada.
Bantulah rakan yang memerlukan sokongan dan tunjuk ajar.
Ingat! Kejayaan adalah kurniaan dan rezeki Allah atas usaha kita.

Bila kegagalan datang menguji, akui kelemahan diri, cari kesalahan diri dan bukan kesalahan orang lain, apalagi takdir Ilahi. Tak perlu dengar cakap2 orang yang mencebik kerana mereka sebenarnya tak gembira kita berjaya.

Sudah lumrah, memang ada yang gagal.
Tapi takut gagal adalah kegagalan utama.
Jadi tekadkanlah azam untuk BERJAYA dan bekerja seperti orang yang BERJAYA.

Memetik kata-kata motivasi dari seorang kawan yang juga seorang bakal usahawan berjaya:

JADILAH DIRI KITA.
BERFIKIRLAH DENGAN AKAL KITA.
BERGERAKLAH DENGAN KEKUATAN KITA.
Selebihnya adalah PEMBAKAR SEMANGAT BUAT KITA.


(terima kasih kak engku)


No comments: