Wednesday, January 9, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2008M & 1429H


Selamat Tahun Baru 2008 Masehi Dan 1429 Hijri

Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung blog FAN AGRI Farm dan kepada semua warga Malaysia terutamanya warga penternak. Semoga semua terus maju jaya serta apa yang diimpikan dan diusahakan menjadi kenyataan.

Bagi kami di Fan Agri berazam untuk terus berusaha mengatasi kelemahan-kelemahan dan kekurangan yang timbul dalam projek ternakan yang dijalankan.

Pengurusan Risiko yang baik adalah salah satu daripada resolusi di tahun 2008M/1429H ini. Segala aspek perlu diuruskan dengan baik dan dengan bijak. Sebagai sebuah syarikat yang masih mencari tapak dan projek yang masih bertatih, mengharapkan segala perancangan yang diatur untuk tahun ini akan dapat dilaksana dan diusahakan sebaik mungkin.

Perjalanan masih jauh. Terlalu banyak yang perlu dilakukan. Masih banyak fasa dan cabang usaha yang telah dirancang untuk diusahakan di tahun 2008M/1429H.
Kejayaan melakukan usaha-usaha dan perancangan yang diatur merupakan tanda aras “kejayaan” bagi kami.

Matlamat sebuah syarikat kecil seperti kami untuk bertapak dalam industri ini dengan mencapai tahap semi-komersial menjelang suku kedua dan seterusnya mencapai tahap komersial menjelang 2009. Ini semua memerlukan pengorbanan dan usaha yang bukan sedikit.

Perkara asas perlu diperkukuhkan untuk menggapai sesuatu yang lebih tinggi. Ilmu pengetahuan perlu ditambah dan semangat serta keazaman perlu dipupuk. Semua ini dengan bantuan, sokongan, nasihat, buah fikiran dan R&D rakan-rakan penternak terutamanya mereka yang sudah mengecap kejayaan. Tidak lupa agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung seperti Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), Institut Perkhidmatan Veterinar (IPV), MARDI, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Mendekati penternak tradisional di kampung-kampung yang sudah bertahan berpuluh-puluh tahun juga amat bermanfaat. Tunjuk ajar, petua dan bagaimana perjalanan “survival” mereka perlu dikisar dengan pengetahuan dan ilmu moden serta komersial yang ada. Ini bagi menjamin kebertahanan projek ternakan seperti mereka. Tidak salah komersial ala-kampung.
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami penternak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

No comments: