Tuesday, June 5, 2007

MENGHADIRI KURSUS DI MAI FARM


LATIHAN/KURSUS AMAL SANGKUT TERNAKAN RUMINAN DI MAI FARM
(Farm Attachement Training)

Tarikh: 14 May - 19 May 2007
Lokasi: Mai Farm, Sungai Gunut Tambahan, Kalumpang, Kuala Kubu Bharu, Selangor
Anjuran: Jabatan Perkhidmatan Haiwan & Mai Farm
Tajaan: Sendiri

Matlamat Kursus:
1. Mendapatkan ilmu menternak ruminan terutamanya kambing
2. Bagaimana untuk menjadi usahawan ternak
3. Makanan & Pemakanan Ternakan
4. Menjaga kesihatan dan mengawal penyekit ternakan
5. Persediaan untuk memulakan projek ternakan termasuk bagaimana untuk menjimatkan kos permulaan seperti kandang yang kos efektif dsb.
6. Bagaimana untuk memasarkan hasil ternakan
7. Rangkaian usahawan untuk pemasaran dan juga bekalan (baka kambing, makanan)
8. Apakah langkah usaha yang saya ambil ini tepat?

Dan akhirnya...bila Dato' Dr Mustafa, Timbalan Ketua Pengarah JPH berkata bahawa sekiranya saya benar-benar yakin "maka teruskan dan selamat berjaya" dan sesiapa yang ragu-ragu "lupakan!". Dan saya yakin saya betul-betul berminat dan berani untuk meneruskan hasrat saya...

19 May 2007 - Saya pulang ke kampung dengan semangat yang lebih berkobar-kobar...Terima kasih kepada semua penceramah & fasilitator, juga kakitangan Mai Farm yang langsung tak kedekut ilmu...cuma kita yg kadangkala kedekut nak bertanya...

No comments: