1 Jun 2007 - 10 Jun 2007 - Kerja Tanah Untuk Pembinaan Kandang
Kerja pembersihan memakan masa yang agak lama kerana tugas yang amat rumit. Ini kerana jentolak beroda (back hoe) tidak mahu memasuki kawasan kebun yang bertanah gambut. Penggunaan jentera berantai yang lebih besar pula agak mahal dan tak berbaloi untuk meratakan kawasan hanya 1/4 ekar (menjimatkan kos).
Mahu tak mahu tenaga manusia dan kelengkapan tangan digunakan. Bermula dengan penebangan pokok kelapa sawit (12 - 15 batang pokok ditebang) menggunakan gergaji bermesin (chain saw) oleh seorang rakan sekampung. Kemudian membersih sisa-sisa pelepah dan batang sawit, ditolak dengan menggunakan kudrat manusia (saya sendiri la sapa lagi). Kemudian tanah diratakan dengan menggunakan tajak/cangkul. Keluasan tanah dibersih dan diratakan lebih kurang 40' x 80' untuk kawasan kandang, setor, ruang pejabat kecil dan juga rumah pekerja.
Proses ini memakan masa yang agak lama dari yang sepatutnya kerana ia menggunakan kudrat saya sendiri, dimana menggunakan kesempatan hujung minggu ataupun selepas pulang bekerja pejabat. Itupun jika ada kesempatan.
Penambakan akan dijalankan sedikit demi sedikit (pun menggunakan kereta sorong) semasa pembinaan kandang sedang dijalankan. Dan untuk kawasan yang perlu sahaja. Semua ini untuk menjimatkan kos. Jika penambakan penuh menggunakan tanah merah ini dijangka memerlukan lebih 50 lori tanah x RM85 untuk keluasan 40' x 80'. Mengapa? Tanah gambut dikawasan tapak pembinaan terlalu lembut.
Bagaimanapun kerja tanah ini dijangka siap Ahad 10 Jun 2007...insyaAllah.
Friday, June 8, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment