Sejarah Awal...
Idea untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan bermula dengan minat yang timbul terhadap industri pertanian dan penternakan. Idea asal untuk memulakan penternakan ikan air tawar seperti keli dan talapia merah sebagai usaha sambilan di tepi rumah...
Bukan menghentikan idea penternakan tersebut tetapi minat beralih kepada industri penternakan kambing. Hasil daripada idea En Sharul yang mencadangkan saya menternak kambing. Bagaimanapun pada mulanya idea ini saya tolak kerana mustahil untuk menternak kambing di tepi rumah. Takut nanti jiran-jiran marah...kambing yang bising dan asap yang berkepul untuk menghalau nyamuk atau agas...
Tapi...macamana kalau buat di tapak yang berjauhan sedikit? Ada 1/2 ekar tanah kakak saya yang beliau amat setuju untuk saya usahakan...
Maka bermulalah usaha saya membuat persediaan awal untuk menjadi penternak KAMBING!!
Kajian saya buat bermula di Internet...di rumah dan pejabat (sorry Boss!!)...Dapat la sikit idea-idea awal...
Dan yang penting saya perlukan sumber kewangan dan kemahiran. Pengalaman? Sikit pun tiada.
Apa yang saya buat?
1. Aliran fizikal penternakan
2. Aliran Tunai - disini boleh nampak berapa banyak modal diperlukan dan bila keuntungan boleh diperolehi. Lambatnya untung??! Yang penting minat.
3. Sumber kewangan - memang terhad tapi harus memulakan sesuatu...
4. Kemahiran - kena pergi latihan la...
5. Fokus dan Strategi Pemasaran... daging, baka atau susu? Atau kesemuanya? Harus ada fokus....
6. Lokasi
Monday, June 4, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment