Friday, March 20, 2009

Tawaran Jualan



Salam Tuan/Puan/Semua Pelanggan/Rakan Penternak semua...


Dah lama tak buat tawaran jualan kambing...
Duk tengok gambar kambing Beriyani jer, nak jugak "refresh" pelawaan jualan kambing...
Sebab kami tau keperluan anda terhadap kambing tidak pernah berubah (Akikah, kenduri, makan2) walaupun dikala kegawatan ekonomi...

FAN AGRI FARM tak pernah berhenti menjual kambing samada hidup atau sembelihan dan kakas.
Seperti biasa stok kambing kami sentiasa tersedia daripada kambing kampung hinggalah ke kambing Boer.
Kambing sembelihan dan juga untuk pembiakan (betina dan juga Pejantan). Juga anak kambing utk pembesaran (fidlot).
Jualan dalam bentuk runcit dan juga borong.

Keupayaan kami membekal pelbagai jenis dan kategori kambing diperkuatkan lagi dengan kerjasama kami sebagai salah satu ahli yang komited dalam Jaringan Kambing Malaya yang ditunjangi oleh Bro Rie & Bro Zul.

Kualiti? Anda boleh nilaikan sendiri.
Memang sejak awal, kami janjikan yang terbaik untuk semua pelanggan kami.


..............................................................................................................
Tawaran terbaru kami...

Boer Wether
Berat 35kg - 50kg
RM520 utk belian minima 5 ekor
..............................................................................................................




Nakkan harga lebih menarik? Hubungi kami...
Nak tengok stok dulu? Datang la ke ladang kami...

Feral? Kambing kampung? Jamna? Bebiri?
Ada seperti biasa...
Apa keperluan anda, tepuk poket anda...
Kami sediakan...InsyaAllah...

Atau layari blog Kambing Malaya untuk tawaran-tawaran terkini!!

Salam...

Friday, January 9, 2009

PAKEJ AKIKAH

Pakej Lengkap Akikah FAN AGRIFARM


*Sekadar hiasan


Anda faham Akikah adalah ibadah yang dituntut dan disukai Allah. Tetapi memikirkan perlaksanaannya boleh membantutkan niat anda.
Iye lah, mungkin kambing senang nak dapat. Tapi, siapa pulak nak sembelih dan lapah? Selesai sembelih & lapah, siapa pulak nak tolong masak?
Kalau adapun jiran sudi nak masak, sedap ke? Apa bahan-bahan yang diperlukan?

Fan Agri ada penyelesaiannya...Kami sudi menolong...

Bukan sahaja untuk Akikah, tapi untuk semua jenis majlis makan-makan!!

Bagaimana dengan harganya?

Anda dah tahu harga kambing kami?

Jadi, campurkan dengan harga pakej kami:

Pakej 1 - Kambing Masak Beriyani RM 300.00

Pakej 2 - Kambing Masak Kari/Kurma/Sup RM 200.00

Juga set Akikah lengkap kami:

Set 1 - Set Beriyani RM 650.00

Kambing Masak Beriyani
Nasi Beriyani
Dalca
Acar Timun (mentah)
Poppadom

Set 2 - Set Kari/Kurma RM 550.00

Kambing Masak Kari/Kurma
Nasi Minyak / Nasi Putih
Acar Rampai (timun, lobak masak)
Poppadom

Tak cukup?

Sila cuba hidangan tambahan kami:

Ayam Goreng Berempah RM2.50/pax
Ayam Masak Merah (Biasa) RM2.90/pax
Ayam Masak Merah Kapitan RM2.90/pax


Hubungi kami untuk maklumat serta perbincangan lanjut.
Juga untuk runding harga...

* Penghantaran percuma di sekitar Lembah Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang (kawasan lain dikenakan caj minima)
** Anggaran set seekor kambing untuk 80-100 orang (bergantung kepada jenis/saiz kambing)
*** Pakej tidak termasuk penyajian makanan/katering

Wednesday, December 31, 2008





SALAM MAAL HIJRAH 1430

DAN

SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2009



Semoga semua beroleh kejayaan atas usaha yang telah dilakukan.
Dan Moga Allah memberkati setiap usaha dan usia kita InsyaAllah...

Selamat Maju Jaya... Jadikan Cita-cita satu keazaman. Dan daripada keazaman satu kesungguhan...


Daripada:

Bad, Ust Sahrul & seluruh warga FAN AGRIFARM!

Friday, December 19, 2008

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Atau lebih tepat lagi Penternakan Adalah Perniagaan.

Bila sebut tentang perniagaan, ciri-ciri bisnes ternakan kambing juga sama dengan perniagaan lain. Tuntutan komitmen, kesabaran, kekuatan mental, pasaran, modal RM, tenaga, air liur, air peluh, air mata, air paip, air minum.

Sekiranya telah yakin dengan pilihan untuk biz kambing maka kuatkan azam, bulatkan tekad. Anggaplah cakap2 negatif yg boleh menjatuhkan diri dan keazaman kita sebagai iklan sebuah cerita yang menarik.

Kita dekatkan diri kita dengan org-org yang telah berjaya dlm biz kambing ni.
Jangan sombong dan mendabik dada. Kita cari dan dalami ilmu biz kambing secara formal atau tidak formal.

Buat dan terus buat. Jangan menoleh ke belakang. Jangan ada penyesalan.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Memang tak semua beruntung ada kemudahan modal yang cukup.
Bermulalah dengan apa yang kita mampu.
Bersabar dengan setiap cabaran dan rintangan.



Jatuh? Kambing mati? Ditipu kawan atau pelanggan?
Bangun semula dan teruskan perjuangan.
Kita dah berjaya atasi ini semasa belajar berjalan dulu.
Ulangi. Jangan mudah mengalah sebelum kita genggam KEJAYAAN.
Sekiranya kita cepat mengalah selama-lamanya kita takkan rasa KEJAYAAN.
Kita tak tahu nilai sebuah KEJAYAAN.
Belajar jerit perih, susah payah perjalanan orang/kawan yang telah BERJAYA.

Jika dah berjaya, sekali lagi usahlah sombong dan mendabik dada.
Bantulah rakan yang memerlukan sokongan dan tunjuk ajar.
Ingat! Kejayaan adalah kurniaan dan rezeki Allah atas usaha kita.

Bila kegagalan datang menguji, akui kelemahan diri, cari kesalahan diri dan bukan kesalahan orang lain, apalagi takdir Ilahi. Tak perlu dengar cakap2 orang yang mencebik kerana mereka sebenarnya tak gembira kita berjaya.

Sudah lumrah, memang ada yang gagal.
Tapi takut gagal adalah kegagalan utama.
Jadi tekadkanlah azam untuk BERJAYA dan bekerja seperti orang yang BERJAYA.

Memetik kata-kata motivasi dari seorang kawan yang juga seorang bakal usahawan berjaya:

JADILAH DIRI KITA.
BERFIKIRLAH DENGAN AKAL KITA.
BERGERAKLAH DENGAN KEKUATAN KITA.
Selebihnya adalah PEMBAKAR SEMANGAT BUAT KITA.


(terima kasih kak engku)


Friday, November 14, 2008

Hukum Haiwan Ternakan Kasi & Potong Ekor

Assalamualaikum Dan Salam Ternak...

Untuk menguatkan lagi keyakinan berkenaan hukum haiwan ternakan kasi untuk korban dan akikah, kami lampirkan di sini surat jawapan yang diterima daripada Jabatan Mufti Selangor.

Juga terdapat jawapan untuk hukum haiwan yang dipotong anggotanya seperti ekor dengan tujuan untuk mengelakkan jangkitan penyakit.

Moga kita mendapat manfaat daripadanya dan marilah kita bersegera untuk menjalankan ibadah Korban & Akikah yang dituntut ini... Semoga hidup kita diberkati Ilahi...InsyaAllah


Tuesday, October 28, 2008

Hukum Kambing Kasi/Kembiri Untuk Aqiqah & Qorban

Salam semua…

Tahniah kerana berniat dan bercita-cita untuk berkorban serta berakikah.
Walaubagaimanapun, masih ada keraguan tentang hukum kambing kasi/kembiri sekiranya itu yang menjadi pilihan?

Terima kasih atas ehsan D’Baraqah Farm yang mengizinkan kami berkongsi surat daripada JAKIM serta terima kasih kami juga kepada Tuan Punya surat tersebut yang sudi berkongsi untuk manfaat bersama.

Tuan/Puan juga boleh membuat pertanyaan secara terus ke JAKIM untuk sebarang maklumat lanjut juga untuk pengesahan.

Sesiapa yang ingin berkongsi maklumat yang sama daripada sumber-sumber lain juga amat dialu-alukan.

Terima kasih.





Selamat menjalani Ibadah Qorban & Aqiqah!!

*Persoalan: Macamana pulak hukumnya dengan bebiri yang dipotong ekornya untuk aqiqah & qorban?

Friday, October 24, 2008

Kisah Si Gembala Kambing

Menternak kambing perlukan penelitian terutamanya kesihatan dan kualiti hidup ternakan.

Antaranya...

Buat pemeriksaan rapi... Periksa satu persatu… Buat pengasingan untuk memudahkan pemeriksaan.



Pastikan kesihatan ternakan anda...cuba la tanya kot2 ada sebarang masalah kesihatan, atau mungkin stress...



Periksa tekanan nadi dan jantung...



Mana ada statescope...tradisional je la...



Cuba kuda-kuda / kekuda kambing tuh...(heheh)



Periksa jugak kot2 ada kutu, kurap atau penyakit kulit lain....dan pastikan bulu bersih...



InsyaAllah semua ok tu...Tak payah nak bagi ubat...

Semua ini usaha untuk jaminan kualiti untuk pelanggan dan bakal pelanggan.

Dan.... Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya...

Jadi, kalau kita dah tak larat atau di waktu sibuk nanti, ada la pengganti...